Entry: when I'm home... Saturday, December 29, 2007



ni aku update ni sebab kes x boleh tido. So sementara nak tunggu subuh, aku update le blog ni k.

Aku dah balik KL dah sekarang ni, since isnin hari tu lagi. Dah pun habis pantang. Alhamdulillah, dah recovered, sepenuhnya hopefully. Tapi yang tak bestnya bila sampai-sampai je rumah aku jadi syahdu sangat. I cant denied it. Aku menangis semahunya sampaikan laki aku pun ikut nangis sama even he tried to comfort me. Entahla..satu perasaan yang tak boleh aku explain..Aku nangis sampai satu hari bengkak mata aku, ish teruk betul bila emo nih. Ayahlisa kata sepanjang aku kat kampung dia mmg sedih sangat. Bila malam dia tidor sensorang kat rumah ni dia asyik terbayang adik je. Patutla kadang dia  tepon/sms aku kul 3 or 4 pagi cakap x boleh tidor..aku ingat he just joking, now baru aku paham. Aku sebenarnya malas nak sedih-sedih pasal benda ni sebab aku sedar semuanya ada hikmah disebaliknya dan aku dah terima qada' & qadar Allah, cuma I just can't help it bila sesekali teringat apa yang aku lalui ini.

Dahla, tinggalkan part sedih..nak update part yang happy sikit.

Sempena Alisa dah genap 2 tahun yang jatuh pada 17/12/2007, kami pun celebrate la birthday dia pada hari raya kedua.Bukan beria benor pun..Kebetulan ada makan-makan sikit sempena kurban kat rumah, so alang-alang sedara mara ramai terutama yang kecik-kecik tu so aku beli la cake. Adala sesi potong cake untuk birthday dia tahun ni. Oklah tu kan, at least adala happy occasion to be remembered in future. Gambar birthday pun sikit je dapat ambik. Susah dah nak ambik gambar lisa sekrg ni, pantang nampak camera dia plak yang sibuk nak pegang/main camera tuh, ceh boleh kasi jahanam wooo..nantila update kat fotopages nanti.

hmmm..bila ada lisa..sekurang-kurangnya ada gak kawan nak dibuat gaduh bila time duk umah ni. Lagi 2 minggu aku akan balik bekerja. Aku seronok dapat spend time sehari-hari sepenuhnya dgn dia. Rasa puas pun ada. Semenjak dia tu meningkat umur, keletah dia makin banyak. Dia lebih suka bergurau dan ketawa, tak lupa juga naikkan darah aku..hahaha. Dah pandai cakap sikit-sikit..dah boleh disuruh ambikkan barang cam remote control ke, tuala mandi dia ke, botol susu, simpan barang mainan dia kat tempat asal etc..hehehe, lepas ni habihla alisa asyik jadi orang suruhan aku le.

paling yang buatkan aku terharu..bila dia tgh leka main-main..boleh tiba-tiba je dia akan datang pegang pipi aku and kiss me.pandai budak kecik tu ambik hati mak dia naa..maybe tu tanda dia happy kot aku sentiasa ada dengan dia..hmmm..so sweet taw.

Haa..ada lagi perkembangan terbaru dia..since balik kampung hari tu alisa dah "puting free!!" ..yahooo..berjaya jugak aku pisahkan dia dari puting semasa tido, no more nyonyot ok. Ler nih aku duk train dia to do her business in the toilet. Harap-harapnya sebelum aku masuk kije aku berjaya la train dia untuk "pampersless" at least during day care. Sedar x sedar dah besar anak dara mama. Bila tgk alisa sekrg ni rasa cam cepatnya masa berlalu kan. *sigh*

How I wish i can be fulltime mother.

   4 comments

oren
December 31, 2007   10:40 AM PST
 
takde salahnya kalau nak bersedih sekali sekala..itu tandanya kita nih manusia normal..cumanya, jgn terbawa2 sampai berhari2...

La nih pun, si Mira le yang aku suruh amikkan barang..kejap2, amik lampin adik, amik bedak adik, suapkan adik, tukar channel tv (takde remote, kena tekan punat kat tv) dll..kadang rasa cam zalim plak sebab suh dia buat itu ini, tapi she has to bear with it..kan aku sorang yang nak handle anak2..so, her help means a lot to me..
Ina
December 30, 2007   11:22 AM PST
 
Hmm sabarlah kak ye. It takes times to heal. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik, InsyaAllah.

Btw happy new year 2008. Semoga tahun baru ni membawa lebih rezeki dan keceriaan :)
mawar
December 29, 2007   09:02 PM PST
 
yerla budak zaman sekrg..makin cerdik makin nakal juga..heee
asr
December 29, 2007   07:12 PM PST
 
Salam. Baru tahu kisah sebenar. Harap tabah & sentiasa redha dengan ujian Allah.

Alisa semakin bijak. Anak2 zaman IT ni memang cepat menangkap lah...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments