Entry: kekuatan Tuesday, November 27, 2007



Di saat-saat kita dihempit dugaan pastinya kita memerlukan sokongan dan kekuatan dari yang lain selain dari diri sendiri..terima kasih Tuhan kerana masih menyayangi insan kerdil ini dengan meminjam sedikit kekuatan utk aku berdepan dengan realiti ini.

Juga buat Suami tersayang, anakku Alisa..dua insan yg benar-benar menyuntik semangatku untuk terus hidup. Abang byk bersusah payah ketika aku sakit bersalin, berulang alik ke hospital, meninggalkan kerja-kerja dipejabat, sanggup menungguku sehari suntuk dan juga tika dingin hari, menguruskan anak dan keluarga yang aku kira pada waktu yg sama dia juga bertarung dengan kesedihan sendiri. Tapi dia cuba menunjukan sikap tenang dan kuat demi mententeramkan isterinya. Terima kasih kerana memahami dan berkorban semua ini. Tanpa abang, sukar untuk saya menghadapinya. 

Tak lupa buat keluargaku dan juga mertua..tanpa mereka, aku tak bisa sekuat ini. Aku masih waras..walau rasa rindu pada si kecil tetap berbekas di hati ini.. dengan kewarasn ini aku redha pada ketentuanNya.

Terima kasih Allah atas segalanya, kerana aku tahu pasti ada yang lebih baik di kemudian hari. InsyaAllah.

 

   4 comments

Mawar
November 30, 2007   08:57 AM PST
 
It's ok kak..Allah nak uji saya tu..yang selalu saya ingat my baby safe there..insyaAllah.
ummi
November 29, 2007   01:10 PM PST
 
Takziah.

What we can be thankful for is that baby Aiman is indeed in safe and peaceful place with his Creator.

I can't imagine what you're going thru. Just by reading this, akak dah leleh2 airmata. But pse be strong.
Mawar
November 29, 2007   08:27 AM PST
 
Mekasih oren..mudahan-mudahan termakbul doa oren..bila nak bagi saya jenguk blog hang oren?
oren
November 28, 2007   02:10 PM PST
 
maaf, sebab lambat dapat tahu berita sedih nih..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Bila aku rasa sedih yang teramat sgt, aku selalu ingat bahawa tak semua org dapat lalui ujian yang ditimpakan ke atas aku, sebab Allah tau, aku jek yang mampu hadapinya..Dia takkan uji kita dengan sesuatu diluar kemampuan..InsyaAllah, dan semestinya tempat baby Aiman diSyurga..Mawar jgn hilang semangat..masih ada hubby dan Alisa yang memerlukan Mawar..InsyaAllah, akan digantikan yang lebih baik untuk kehilangan hari ini..

Takziah...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments