It's about my life..deeply in love with my hubby and lil cute Alisa..can't live without them..yess they are my life!
|
 |
Thursday, October 11, 2007
SELAMAT HARI RAYA
DI kesempatan ni cam biasa la nak ucap selamat hari raya buat semua dari kami sekeluarga. Mohon maaf diatas salah silap..terkasar bahasa..terlebih, terkurang ke mohon ampun yer. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing bila pulang berhari raya nanti..dan bergembira bersama keluarga masing-masing okeh.
0-0 ok!
Posted at 01:09 pm by mawar
Permalink
Monday, October 08, 2007
+++
Husband demam dari hari jumaat lagi hingga la semalam. Dalam sejarah la dia demam teruk untuk tahun ni..kesian dia..menggigil-gigil badan..sakit seluruh badan. Di suruh amik MC tak mahu..so dari balik kerja hingga ke mlm terpaksa la mawar jadi OSIM semula jadi utk dia. Alisa pulak pantang tgk mama urut ayah dia mula la menjerit-jerit suruh berhenti..ntah napa tah..jeles kot. Janganla dia demam lagi.Dah la dah nak balik raya nih..risau jugak tgk keadaan dia kalu demam mmg tak bermaya langsung!
++++
Sabtu hari tu jemput mertua dan sepupu hubby berbuka dirumah. Kononnya nak buat nasik minyak..kalu jadi bolehla buat lagi masa syawal nanti..kira praktis la..ntah mana silapnya..nasik tak berapa menjadi..cuak mawar. Nasib baik at the end menjadi gak tapi agak lembik due to terlebih air.Heee..kelam kabut jugak masa masak tu takut tak jadi..bibik gelakkan aku je..dia kata tiap kali aku nak masak mesti refer kat buku resepi..mana taknya..aku ni bukannya terror sgt masak..muahahaha..gelakkan diri sendiri.Takpelah janji cuba dak? Sekali masa cousin hubby dtg tu dia pun bawak lauk-pauk dari rumah dia..campur dengan kuih muih hubby beli kat pasar ramadhan..meriahla pulak. Siap tapaukan nasik dan lauk untuk MIL. Syukur dengan nikmatNya.
Ahad tu hubby was craving for Chilis. Yerla org demam la katakan..ikutkan aje. Yang best chilis ni the menu serve in the big plate dan air pulak boleh re-fill kan. Macam nak pecah perut, mana taknya..3 gelas jus besar plus seme makanan tu..ya Allah..memang nikmat betullah..rezeki Allah bagi kan..alhamdulillah dapatla merasa chilis before bersalin. Masa awal pregnant dah makan rasanya. Masa pregnantkan alisa langsung tak sempat nak makan.
Mood nak buat biskut dah dtg balik. Sempat pulak mawar habiskan kerja-kerja buat biskut cornflakes choclate tu..bolehla 4 bekas..okla tu.
++++
Pagi tadi dengar kisah balik raya kat ERA. sempatla dengar awal-awal topic yang dibincangkan tu. Ada 2 callers ni citer depa balik kampung naik motor sebab masa tu derang takde kereta lagi. Sedih pulak bila mendengarnya. Syukurlah kami masih mampu berkereta dan tak susah payah bergaduh nak beraya dikampung sapa. Tak perlu juga bersesak-sesak menaiki kenderaan awam. Bila ingat tang ni rasa syukur amat. Pada mereka yang bersusah payah nak balik kampung tu especially yg tak ada kereta atau kenderaan sendiri mawar harap korang bersabarlah. Semoga dipermudahkan dan diselamatkan perjalanan korang semua..insyaAllah..* doa untuk kami dan keluarga jugak*
Mmg pagi ni nak pergi kije pun dah takde mood. Tinggal lagi 3 hari (tolak hari ni) nak balik kampung. InsyaAllah khamis mlm nanti bertolak lah kami. Tak sabar pun ada even takdelah mood raya tu beria benor. Biasa biasa je cuma tak sabar nak berjumpa keluarga tercinta. Dah lama tak balik kampungkan. Harapnya takde la penat sangat nak duduk dlm keta selama 7 jam tu. Sabar jekla..hubby lagi kesian..he will be driving all the way. Biasa before balik tu mesti la pegi rumah mertua dulu..salam peluk cium..heeee..mintak ampun dan restu nak pulang ke kampung. Time ni la kasi chance hubby bermanja dgn mak dia untuk sejam dua. Bila alisa dah tido, dalam kul 12 am gitu kami akan bertolak dari Klang dan akan sampai ke trg dalam kul 6 @ 7 pagi. Just nice by the time alisa will wake up from her sleep. Along the way dia akan tido dalam car seat dia lah. Tak perlu nak beriba bagai..mama pun boleh lelap sama..heee..kalu bertolak siang hari? Ya ampun..mau patah pinggang mama melayan karenah dia..tobat tak nak la.
Posted at 02:50 pm by mawar
Permalink
Friday, October 05, 2007
I have been craving for teh tarik since last 2 days..otak ni asyik duk ingat teh tarik je..Everytime habis berbuka mesti plan dgn hubby nak lepak restoran mamak lepas dia balik terawih, but then by the time kita pulak yang x lalu..cam malam tadi,lepas hubby balik terawih mawar memang dah lelap dah (penat giler)..
tiba-tiba terbangun lak kul 1 pagi and really craving for teh tarik..teringin sangat..mula la terbayang-bayang kesedapan dan kemanisan air tu..nak buat sendiri sure tak kaw punya..last-last kejutkan hubby. Tanya dia nak sahur kat luar tak? heee..nasib baikla dia nak layan..so terkedek-kedek la kitaorg ni sneak out from home...alisa still in her lala land. so tak angkut sama la.
As a result, minum 2 gelas teh ais dan roti canai..bulan pose ni mmg asyik teguk ais je kije nyer. Hubby pulak makan dua pinggan nasik lemak mamak favorite dia tuh. Hai,sapa yang mengidam ni sebenarnya?huhuhu..janji dia layan kehendakku even masa tu pukul 1:30 am...berpp..alhamdulillah..puas hati.
Since ngandungkan alisa lagi mmg teringin sangat kat teh tarik..tapi tak berani nak minum..then lepas bersalinkan alisa mmg ketagih minum teh tarik ni..sampaila sekarang.Tapi have to limitkan la pengambilannya kan..once or two times in a week should be ok kan? heeee...
Posted at 10:06 am by mawar
Permalink
Thursday, October 04, 2007
Diam tak diam kejap je ek dah nak raya..lebih kurang lagi 8 hari yer..heee...dalam duk menahan kepenatan berpuasa dalam keadaan berbadan dua nih, alhamdulillah masih diberi kekuatan, masih penuh puasa mawar setakat ni .., harapnya biarla cukup sebulan..insyaAllah.
Persiapan raya tahun ni biasa biasa je. Baju alisa pun pakai yang dah lama beli tapi disimpan mmg budget nak pakai time raya pun.Setakat puasa ni ada la beli sehelai dua baju tambahan untuk dia dan baju kurung cotton. cute sangat bila tgk dia pakai baju kurung..dah padan dah dgn baju raya mama..tema tahun ni warna hijau turqoise..cuma baju melayu ayah je lagi tak jumpa..biasala kalu turn ayah alisa tu mmg susah nak suh beli baju ada je cerewet dia. Tiap tahun mawar buat camane..amik cuti satu hari..pegi shopping sensorang..haa..time ni la mawar borong baju husband lebih sikit. Bawak balik rumah member elok je pakai..kalu drag dia pegi shopping for sure mmg tak terbeli nya baju tu. Manjang je ada alasan dia..susah benor..ish..tapi tahun ni tak larat nak mengharung shopping complex tu..jalan sikit pun dah pancit. Nasib la, kalu x dan nak beli this weekend pakai je la baju mana yang ada..tak sedondon la jawabnya.
Biskut raya pun mawar tak borong. Serious! tahun ni mmg takde mood langsung nak beli @ buat biskut raya. Ntah ..asyik terlepek je..ada la order dua tiga jenis kat opis nih. weekend hari tu ada gak try buat biskut cornflake coklat tapi ntah cemana cam halfway je takde mood dan coklat tu pun cam tak jadi sangat..terus mawar stop dulu. Tgkla kalu rajin kang sambung balik..heee..bagus jugak mcm ni..takde la nak membazir je untuk budget kuih raya cam tahun-tahun sudah..tutup mata jekla..bawak balik kg mana yang ada.Weekend ni ingat nak gi beli kerepek kat pasar Klang..haaa borong kerepek lebih la kot. Untuk mak mertua pun dah pesan kat dia, suh dia order je biskut raya kang nanti kami bagi duit je kat dia ..nak belikan mmg dah tak larat nak gi borong.
Cuti raya insyaAllah dari 12/10 dan masuk kije balik on 22/10. Time ni je lah pulun nak duk kampung lelama pun. Sepanjang berkahwin ni dah 2 kali berturut beraya di kampungku..huhuhu..tahun ni pun kampungku..hahahhaha..sukanya hati sebab hubby dalam redha x redha tetap menurut dan memahami isterinya..toche hubby! Yerla..dahla balik klang tiap -tiap minggu takkan raya pun nak kat sana gak kan. Fair and lovely laaaaa...kita ni nakla jugak jumpa mak dan sedara kita ha..tang issue ni mmg selalu dah understood dah, so jgn duk cuba bangkitkan mau menangis kalu hubby tukar fikiran!
Progress on alisa..
kalu anak yui panggil dia 'mummy ya' alisa pulak kalu nakkan mama dia akan jerit 'mama ya'..agaknya
mama ya = mama saya kot eh? gitu ka? heheheh..
dia ni kan tatau la nape ek, kalu diajar sebut sesuatu perkataan for her vacobaloray tu haram nak diikutnya. jenuh kdg mawar duk ulang perkataan tu suh dia ikut..kadang lain yg kita sebut lain yang dia cakap ..
kalu mawar sebut 'kakak' with my finger points to her..dia akan cakap abang!
Bila mawar sebut 'susu' sambil tunjuk botol susu dia..dia pegi cakap lampu!
sabar jekla.Sekarang ni agaknya mmg stage dia tunjukkan perangai dia la kot ek?Tapi kalau naughty tu mama tak teragak-agak naik tanduk..memang kena marah punya. Kalau masa tu mama dan dia je yang ada bila kena marah dia akan tunduk je..konon cam bersalahla..tapi kalu ada ayah / bibik sama..huishh..dia punya raung lagi kuat dari suara kita.pandai betul carik pertolongan!
Posted at 08:06 am by mawar
Permalink
Thursday, September 27, 2007
Bila anak makin besar makin banyak pulak ragam mereka ni yer...kadang-kadang menghiburkan..kadang-kadang boleh buat naik hangin satu badan..kadang-kadang tak terlayan..
-
tiap kali balik dari kerja alisa mesti demand for attention..nak kena tegur dia dulu..nak kiss..nak hug..tau je lah bulan pose nih, mak mesti la serbu dapur dulu kan..nak sediakan apa yang patut..dahla sampai rumah pun dah 6:30 pm, membersibuk nak bermanja lak tu..x dilayan mau berguling atas lantai..adoiii..sabar jekla..kadang kita tgh masak pun dia boleh dtg peluk kaki kita. Lepas dapat peluk dah ok lah,boleh dia sengih-sengih pegi depan tgk tv..lepas tu adegan tu akan di repeat sampaila mak dia abis masak...sigh.
-
Hantu iklan..mana iklan yang dia suka tu kalu ada lagu yg best, terlenggok-lenggok la menari..tapi bila iklan dah abis je dia akan jerit dan nangis..mama la jadi mangsa nak kena pujuk dia..ish..dah berbuih dah cakap iklan dah abis..iklan tu kejap je..kadang paham..kadang x jalan jugak.Kadang gelakkan dia je..malas nak layan sangat..bila dah kena gelak dia stop je la nangis..malu le tu..alahai.
Sabar je lah..
Posted at 12:09 pm by mawar
Permalink
Monday, September 24, 2007
Innalillah...al-fatihah untuk arwah Nurin Jazlin. Sedih giler bila mengikuti berita kematiannya.Ya Allah apa nak jadi dgn masyarakat Malaysia sekarang ni?Our environment not safe anymore rite?Terbayang bagaimana kesedihan keluarga mangsa..terbayang juga keselamatan anak sendiri.
Ya Allah, lindungilah kami semua dari segala bencana dan perkara yg tidak baik seperti ini..
Adik Nurin, abadilah di sana..moga Allah berikan balasan yang setimpal pada sang durjana yg laknat.
**************************************************
apa menu hari ni boss?
Puasa tahun ni kami berpuasa penuh di rumah sendiri. Last year berpuasa di Klang sebab alisa masih kecil dan dijaga MIL. Seronok berpuasa di rumah sendiri ni. Even sendiri hari-hari terpaksa pikir apa menu utk berbuka puasa tapi seronok juga..dah tanggungjawabkan..kalu hari kerja biasa mawar beli lauk kat opis, balik rumah masak sayur satu jenis dan gorengla apa patut penambah menu. Menu tetap hubby murtabak wajib ada. Weekend, barulah mawar fully masak lauk-pauk dan buatla kuih @ dessert.
Yang kelakarnya..adela dalam 3 orang jiran terdekat mawar surirumah..bulan posa ni rajin pulak diaorg ni menghantar juadah utk berbuka.Malu gak..yerla kalu tiap petang sampai saja dari office, ada saja hidangan yang sampai..kita ni mana sempat nak buat kuih nak berbalas hidangan..tunggula weekend, cubala buat homemade cook utk di balas kpd mereka...ni la first time experience berbalas balas juadah berbuka..rasa mcm mmg hidup berjiran you..heee..hari sabtu hari tu even kitaorg berbuka diluar tapi petang tu mawar dah siap buat kuih sagu ..resepi tu mudah je, selalu beli kat opis ni haa.Dah berhajat nak membalas pada jiran kan so buat banyak gakla..sedap tak sedap tak tau le..hehhehehe..seriously aku ni bukan pandai sangat bab masak-memasak, apalagi nak buat kuih. Semalam mawar goreng meehon & jemput jemput udang..dapatla jugak hantarkan pada mereka...yang tukang menghantarnya sapa lagi..bibik le..heeee...
tulah kisahku di bulan puasa ni haa..rasa cam tua dah pulak bila this kind of practice..cam mak -mak la kan?hohoho
Posted at 01:05 pm by mawar
Permalink
Thursday, September 20, 2007
Cakk..bertemu kita kembali
Ramadhan yg berkat..kembalikan semangat untuk menulis..dah lama took a break..heeeSo apa kaba semua harap ada yang masih sudi menatap blog nih (ntah ada ntah tidak).
Now sarat pregnant for the second baby..alhamdulillah dah melepasi 7 bulan. Masa alisa dulu by this time dah admitted.Setakat ni kesihatan masih baik dan terjaga. Hope can stand still until 9 months. Baby kick and move actively...Alhamdulillah..
That's all I pray for..selamat mengandungkannya hingga 9 bulan dan dapat melahirkannya secara normal. InsyaAllah.Mawar masih dapat berpuasa seperti biasa.
Persiapan berbuka ala kadar saja. Beli lauk satu dua jenis kat hawker office. Balik rumah gorengla sayur dan telur dadar penambah menu.Sekarang dah ada pembantu..kerja lebih cepat dan ringkas. Balik je bahan-bahan dia dah sediakan. Mawar tukang tenggek je atas api. Meja makan pun dia yang siapkan. Dapatla merehatkan badan sementara menanti azan. Masa ni la alisa akan merengek minta perhatian. Kadang mmg menguji kesabaran..nak itu..nak ini..nak ajak jalan keluar..nak ajak main basikal..nak ajak main kejar-kejar..sabo jekla..kalu marah nanti kang ada yang batal posa laks. Bila lepas isyak je badan ni automatik akan flat terus..huhuhu..dalam duk dodoikan si alisa..kadang kita yang hanyut sama. Sahur pun x berselera sangat tapi paksa kan diri jugak makan..kalau tidak kesian pada dia yg di dalam kan..sabar ye sayang..belajarla berpuasa even dari dalam perut mama lagi okeh : )
So, korang punya puasa macam mana?
Posted at 11:53 am by mawar
Permalink
Tuesday, May 29, 2007
Posted at 04:26 pm by mawar
Permalink
Thursday, April 12, 2007
Saya rasa buat masa ini saya terpaksa berehat sebentar dari update blog disebabkan oleh kecenderungan untuk menulis tu dah semakin berkurangan dan semakin hari semakin berkurangan..walau macamana pun mungkin kita akan bertemu lagi di lain masa bila minat tu datang balik dan buat masa ni mawar tak akan lupa melawat blog kawan-kawan ..buat semua..sampai jumpa lagi!
Posted at 07:18 am by mawar
Permalink
Thursday, March 29, 2007
Really Exhausted!
With the lots thing to settle at the office and daily routine at the house i really feel exhausted and soooo tired!Now the new project already started and we are busy with blueprint workshops and what nod and have to stay back to do operational job after office hour (manjang meeting dik non bila masa nak buat kije?) poor me, poor alisa and poor hubby.But not only me who facing this kind of scenarios and it likes everybody in this office working like there is no time next day!
huhuhuhu..
am looking forward for the suitable day to take annual leave just to rest up my mind and body at home. How about weekend?Huh..lagi busy penuh dgn activities or household jobs...lagi letih kena layan naughty alisa..but no..am really happy with her. Love to cuddle, hug, kiss, bergurau senda dan gelak ketawa with her which is will erase all my penat lelah dan the headache will be gone.All the problems will gone for a while.
Thanks to my little sweetie. You such a bless from the creator..Alhamdulillah.
Alisa, Mama miss you so much now!
Posted at 06:18 pm by mawar
Permalink
|