Lilypie 2nd Birthday Ticker





It's about my life..deeply in love with my hubby and lil cute Alisa..can't live without them..yess they are my life!


   

<< December 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, December 31, 2007
welcome 2008

Selamat menyambut tahun baru 2008. Tahun 2007 ni kurang cemerlang buat aku. Banyak benda yang tak elok berlaku especially dari segi kerja dan juga nasib. So sempena kehadiran 2008 ni aku amatlah berharap sinar keceriaan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah..amin. Aku takla tamak benor sampai nak rezeki yang melimpah ruah, dapat rezeki lebih sikit dari sekrg pun dah cukup..tapi mana tau kan so kita doa je lah..

Kiranya entry ni aku nak listkan azam baru & wish list untuk 2008:

  • kurangkan berat badan - ni lah azam yang pertama aku. Maklumlah baru abis pantangkan. Orang kata kalu nak kurus time pantang kena lah pantang bebetul. Tapi aku ni kan..part berurut, bertungku, berbarut, jaga makan seme aku dah ikut and agak teratur la jugak tapi lemak-lemak kat perut tu mmg payah amat nak hilang!Aku dah start diet blk dah dan berharap sgt dapat kurangkan berat badan aku at least to the weightage before aku pregnant...4 kg to lose beb..
  • tingkat prestasi kerja - harapnya dapat lebih maju dalam kerjayaku. Semoga semangat tu bertambah berkobar okeh.Ada gak slm hati dan minda ni duk berkira-kira nak tukar kerja.Nape? maybe sebab dah lama sgt kat current company otak dah jadik lemau ..hmm ..dan saja je nak test power, masih laku ke diri ku? Manatau kan rezeki murah insyaAllah for the better figure $$$$..amin bebanyak..will see later.
  • Nak renovate rumah - this year harapnya dapatla buat lagi projek rumahku syurgaku..nak baiki bahagian dapur dan porch. Tgh survey kos and budget.
  • Nak beli keta baru - teramatla teringin nak tukar kereta baru. Hopefully by end of the year tercapaila hasratku..amin
  • More saving for Haj - untuk permulaan, kami berdua akan register dgn tabung haji dan start seriously saving for it. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan.
  • Cuti-cuti Malaysia - target at least we are able to go for 1 trip to abroad (first choice - bali) or local.
  • adik again? - InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki lagi. Buat masa ni biarlah  stabil diri, relax-relax dulu..nak kuruskan badan dan melaram dulu..heeee.
  • Tingkatkan ilmu agama dan ibadah - semoga dapat lebih mendalami ilmu agama dgn baik insyaAllah.

Aku juga berharap diberikan kebahagiaan dalam berkeluarga yg berterusan, dilindungi dari bala bencana dan dugaan yang hebat serta sentiasa berada dalam lindungan yang Esa. Amin.

 


Posted at 08:06 pm by mawar

safwin
April 15, 2008   09:59 PM PDT
 
naper tak update blog mawar??? Takan busy reset pswd myhr2u kot...hehehhehe ;)
Nami
April 4, 2008   12:12 AM PDT
 
hi Mawar, ni first time sy lawat ur blog. ter emo plak baca ur entries.. lucky u to hv such loving family to keep u standing.

let's try our best to work it all out..
Arena
February 2, 2008   11:24 PM PST
 
Semoga apa yang ko impikan dimakbulkan Allah.. take care sis..
Arena
January 8, 2008   01:17 PM PST
 
Sis.. Memula 1 hug dulu. I am so proud of your positive and redha attitude. Okay, moga2 apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Amin.
neeza
January 6, 2008   01:37 PM PST
 
salam mawar. blog hop fm OO. hope its not too late to ucp takziah. semoga roh baby aiman berada bersama orang yang disayanginya... alhamdulillah, dah ceria sekarang. boleh la plan ahead for more good deeds... insyaallah...
ondeonde
January 5, 2008   03:14 PM PST
 
Salam Mawar..lama lost contact dgn mawar di alam cyber ni...baru habis baca entry yang lepas-lepas..baguslah mawar ambik attitude positif.

memang. memang pun ada hikmah yang sangat besar di sebalik apa yang telah berlaku..sabar banyak2 ya.. sebab perkara yang Allah dah ordained untuk kita tetap akan berlaku jugak and that's the best. Kena yakin tu.

Anyway, selamat menyambung kembali silaturrahim.

Hugs and Take Care!
Fahidayati Ramli
January 2, 2008   02:33 PM PST
 
Alahai... sama lah wish yg first tu... nak KURUS! Tapi... tak jugak menjadi... Camne ek?

Sila2 lah lawat blog saya!

Ayah
December 31, 2007   10:28 PM PST
 
Selamat Tahun Baru 2008 - lagi 10 hari buat azam tahun baru tau!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry