Lilypie 2nd Birthday Ticker





It's about my life..deeply in love with my hubby and lil cute Alisa..can't live without them..yess they are my life!


   

<< December 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, January 07, 2008
Salam Maal Hijrah 1429


Posted at 10:12 pm by mawar
Make a comment  

Monday, December 31, 2007
welcome 2008

Selamat menyambut tahun baru 2008. Tahun 2007 ni kurang cemerlang buat aku. Banyak benda yang tak elok berlaku especially dari segi kerja dan juga nasib. So sempena kehadiran 2008 ni aku amatlah berharap sinar keceriaan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah..amin. Aku takla tamak benor sampai nak rezeki yang melimpah ruah, dapat rezeki lebih sikit dari sekrg pun dah cukup..tapi mana tau kan so kita doa je lah..

Kiranya entry ni aku nak listkan azam baru & wish list untuk 2008:

  • kurangkan berat badan - ni lah azam yang pertama aku. Maklumlah baru abis pantangkan. Orang kata kalu nak kurus time pantang kena lah pantang bebetul. Tapi aku ni kan..part berurut, bertungku, berbarut, jaga makan seme aku dah ikut and agak teratur la jugak tapi lemak-lemak kat perut tu mmg payah amat nak hilang!Aku dah start diet blk dah dan berharap sgt dapat kurangkan berat badan aku at least to the weightage before aku pregnant...4 kg to lose beb..
  • tingkat prestasi kerja - harapnya dapat lebih maju dalam kerjayaku. Semoga semangat tu bertambah berkobar okeh.Ada gak slm hati dan minda ni duk berkira-kira nak tukar kerja.Nape? maybe sebab dah lama sgt kat current company otak dah jadik lemau ..hmm ..dan saja je nak test power, masih laku ke diri ku? Manatau kan rezeki murah insyaAllah for the better figure $$$$..amin bebanyak..will see later.
  • Nak renovate rumah - this year harapnya dapatla buat lagi projek rumahku syurgaku..nak baiki bahagian dapur dan porch. Tgh survey kos and budget.
  • Nak beli keta baru - teramatla teringin nak tukar kereta baru. Hopefully by end of the year tercapaila hasratku..amin
  • More saving for Haj - untuk permulaan, kami berdua akan register dgn tabung haji dan start seriously saving for it. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan.
  • Cuti-cuti Malaysia - target at least we are able to go for 1 trip to abroad (first choice - bali) or local.
  • adik again? - InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki lagi. Buat masa ni biarlah  stabil diri, relax-relax dulu..nak kuruskan badan dan melaram dulu..heeee.
  • Tingkatkan ilmu agama dan ibadah - semoga dapat lebih mendalami ilmu agama dgn baik insyaAllah.

Aku juga berharap diberikan kebahagiaan dalam berkeluarga yg berterusan, dilindungi dari bala bencana dan dugaan yang hebat serta sentiasa berada dalam lindungan yang Esa. Amin.

 


Posted at 08:06 pm by mawar
Comments (8)  

Saturday, December 29, 2007
when I'm home...

ni aku update ni sebab kes x boleh tido. So sementara nak tunggu subuh, aku update le blog ni k.

Aku dah balik KL dah sekarang ni, since isnin hari tu lagi. Dah pun habis pantang. Alhamdulillah, dah recovered, sepenuhnya hopefully. Tapi yang tak bestnya bila sampai-sampai je rumah aku jadi syahdu sangat. I cant denied it. Aku menangis semahunya sampaikan laki aku pun ikut nangis sama even he tried to comfort me. Entahla..satu perasaan yang tak boleh aku explain..Aku nangis sampai satu hari bengkak mata aku, ish teruk betul bila emo nih. Ayahlisa kata sepanjang aku kat kampung dia mmg sedih sangat. Bila malam dia tidor sensorang kat rumah ni dia asyik terbayang adik je. Patutla kadang dia  tepon/sms aku kul 3 or 4 pagi cakap x boleh tidor..aku ingat he just joking, now baru aku paham. Aku sebenarnya malas nak sedih-sedih pasal benda ni sebab aku sedar semuanya ada hikmah disebaliknya dan aku dah terima qada' & qadar Allah, cuma I just can't help it bila sesekali teringat apa yang aku lalui ini.

Dahla, tinggalkan part sedih..nak update part yang happy sikit.

Sempena Alisa dah genap 2 tahun yang jatuh pada 17/12/2007, kami pun celebrate la birthday dia pada hari raya kedua.Bukan beria benor pun..Kebetulan ada makan-makan sikit sempena kurban kat rumah, so alang-alang sedara mara ramai terutama yang kecik-kecik tu so aku beli la cake. Adala sesi potong cake untuk birthday dia tahun ni. Oklah tu kan, at least adala happy occasion to be remembered in future. Gambar birthday pun sikit je dapat ambik. Susah dah nak ambik gambar lisa sekrg ni, pantang nampak camera dia plak yang sibuk nak pegang/main camera tuh, ceh boleh kasi jahanam wooo..nantila update kat fotopages nanti.

hmmm..bila ada lisa..sekurang-kurangnya ada gak kawan nak dibuat gaduh bila time duk umah ni. Lagi 2 minggu aku akan balik bekerja. Aku seronok dapat spend time sehari-hari sepenuhnya dgn dia. Rasa puas pun ada. Semenjak dia tu meningkat umur, keletah dia makin banyak. Dia lebih suka bergurau dan ketawa, tak lupa juga naikkan darah aku..hahaha. Dah pandai cakap sikit-sikit..dah boleh disuruh ambikkan barang cam remote control ke, tuala mandi dia ke, botol susu, simpan barang mainan dia kat tempat asal etc..hehehe, lepas ni habihla alisa asyik jadi orang suruhan aku le.

paling yang buatkan aku terharu..bila dia tgh leka main-main..boleh tiba-tiba je dia akan datang pegang pipi aku and kiss me.pandai budak kecik tu ambik hati mak dia naa..maybe tu tanda dia happy kot aku sentiasa ada dengan dia..hmmm..so sweet taw.

Haa..ada lagi perkembangan terbaru dia..since balik kampung hari tu alisa dah "puting free!!" ..yahooo..berjaya jugak aku pisahkan dia dari puting semasa tido, no more nyonyot ok. Ler nih aku duk train dia to do her business in the toilet. Harap-harapnya sebelum aku masuk kije aku berjaya la train dia untuk "pampersless" at least during day care. Sedar x sedar dah besar anak dara mama. Bila tgk alisa sekrg ni rasa cam cepatnya masa berlalu kan. *sigh*

How I wish i can be fulltime mother.


Posted at 02:29 am by mawar
Comments (4)  

Sunday, December 23, 2007
Selamat Panjang Umur

Alisa, anak mama
setiap kali mama pandang wajah kecilmu
pasti terbayang..
betapa indahnya perasaan ini bila pertama kali jejari kecil berada dalam genggaman
berbunga hati melihat Alisa semakin membesar dengan sihat, hari demi hari
Kuasa Allah, sejuk mata mama..hilang segala sakit melahirkan..
Bersyukur mama dengan kurniaanNya
dengan penuh pengharapan semoga
Alisa membesar dengan baik dan berjaya
Menjadi anak yang solehah
taat perintah Allah, kedua ibubapa dan hormat orang tua

Alisa,
Selamat hari jadi yang kedua
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang berpanjangan
Semoga tabah dalam meniti kehidupan ini yang masih panjang

Salam sayang dari Mama

 

 


Posted at 10:40 am by mawar
Comments (5)  

Wednesday, December 12, 2007
nothing special

takde cerita menarik.Hari-hari camtu jugak routine kat rumah ni..bangun, tido, makan, rehat, main dgn lisa, marah lisa, tgk tv, online internet..mesti tak pernah di buat org masa berpantang gatal nak berblog kan? hehehe..yerla org lain berpantang duk berkepit dgn baby baru..aku? berkepit dgn baby besar jekla..tu pun next week dah nak masuk 2 tahun..bau baby pun dah nak hilang..heeee..banyak bau masam jek kan..nasib baik la ada alisa  ..hmmm

Tatau lagi nak buat ke tak birthday party alisa..kadang rasa malas dan takde mood je. Kadang rasa kesian plak kalu x celebrate..takdela party bagai..just makan-makan je kot..beli cake dan masakle apa yg patut kan..boleh buat alisa ceria sikit. Tgkla macam mana nanti.

 

 


Posted at 08:55 pm by mawar
Comments (2)  

Tuesday, December 04, 2007
Peringatan buat diri sendiri

Buat renungan untuk diri ku...

Persoalan yang mungkin selalu berputar di minda kita ....dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA :

KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

#################################################################


Posted at 12:58 pm by mawar
Comments (3)  

Monday, December 03, 2007
dah ok dah

Aku dah ok dah...physically tu dalam 70% la kot sebab still dlm berpantangkan..Aku berpantang kat kampung ni.baru masuk 21 hari. rasa punyalah lama giler..yerlah, asyik baring, tido, makan je. Nak jaga baby takde kan. Cuma duk kampung ni senang nak berurut kos dia amatla murah berbanding di KL. Tiap hari bertungku dan berbarut perut, kononnya berusaha sungguh-sungguhla nak kempiskan perut yg tebal nih..muahahaha..tapi susah na nak hilangkan lemak-lemak terkumpul nih..heee..harus ku usahakan lagi.

Kebajikan dan keperluan Alisa pun pembantu yg uruskan semua. Aku layan-layan dia sikit je bila dia merengek @ ajak bergurau..tu pun sekrg ni dia dah tak merengek dgn aku dah since dia tau aku bukan boleh dukung @ buat susu untuk dia pun..Sib baik jugak ada Alisa sorang ni..hilanglah sunyi bila hari-hari dapat dengar suara nyaring dia tuh. La nih dia duk berebut dgn adik bongsu aka cik Nurul. Berebut apa..berebut nak dukung dgn TokMa la kijenyer. pantang TokMa pakai tudung nak jln dia pun bisingla mintak dukung..nak ikut jln sekali.Jenuhla TokMa kena layan dua-dua..hehehe elokla kasi chance Alisa rapat sikit dgn Mak aku tu.Alisa pun dah more friendly sekrg ni..sesapa je dtg umah dia nak ikut bila org tu nak balik..masa duk KL, asyik takut je bila tgk org. Kira improvela social skill dia.

Hilang sikit sunyi sebab ada internet ni.Bolehla baca blog kengkawan and surf untuk hilang boring. Tu je lah kijenyer selain dari tgk TV dari pagi sampai mlm. *Sigh*

Emotion?OKlah..aku dah malas dah nak pk pasal baby lagi. Kadang masa baring-baring tu terpk gak sebab rindu sangat kat dia. Mana taknyer..dah 8 bulan ngandungkan dia, rasa sayang tu mestilah ada. Sapa tak sayang anak kan? Bila dtg perasaan blues tu aku cepat-cepat berzikir, tak nak syaitan hasut aku pk yg bukan-bukan. Aku duk positivekan minda aku yang dia lebih baik dalam jagaan Ilahi. Biarlah, apa yang Allah tentukan tu dah sebaiknya untuk kami. Ye, pasti.titik.

Ayahlisa pulak jadik bujang kat KL nun sepanjang sebulan ni. Sian jugak dia sensorang kat sana. Tiap-tiap hari..pagi petang mlm duk msg dan call tanya kaba kitaorg serta melepaskan rindu. kdg syahdu je sore dia. Hehehe tak lena tidor katanya takde anak bini kat sebelah. Rumah pun sunyi je. Padan muka, kalu ada bersama kang asyik marah je ..tak dapat tgk TV dgn aman la sebab duk berebut channel..tak ckp tido sebab alisa kacau dia tido mlm la (kes kena bangun mlm bila lisa nak susu @ ngigau)..la nih duk sorang baru dia taw betapa pentingnya anak bini buat dia. Aku rasa elok gak berjauhan buat sementara ni. Dptla kembalikan rasa rindu mcm bercinta-cintun dulu..hahaha..yerla, kalu dak selama ni hari-hari duk pandang muka sama je ..buhsan seh..muahahaha..aku la tuh.

Mak mertua aku pun dah few times call ckp rindu pada cucu dia, si alisa tuh. Sian jugak..selalu paling lama pun seminggu je dia tak tgk alisa.nantila dah abis pantang kami balik la sana. Kebetulan hari raya haji cukup-cukup aku genap 40 hari pantang. So kiranya dah abis pantangla kan bolehla nak travel jauh..yang penting buat masa ni, kestabilan diri.

 


Posted at 09:23 am by mawar
Comments (4)  

Tuesday, November 27, 2007
kekuatan

Di saat-saat kita dihempit dugaan pastinya kita memerlukan sokongan dan kekuatan dari yang lain selain dari diri sendiri..terima kasih Tuhan kerana masih menyayangi insan kerdil ini dengan meminjam sedikit kekuatan utk aku berdepan dengan realiti ini.

Juga buat Suami tersayang, anakku Alisa..dua insan yg benar-benar menyuntik semangatku untuk terus hidup. Abang byk bersusah payah ketika aku sakit bersalin, berulang alik ke hospital, meninggalkan kerja-kerja dipejabat, sanggup menungguku sehari suntuk dan juga tika dingin hari, menguruskan anak dan keluarga yang aku kira pada waktu yg sama dia juga bertarung dengan kesedihan sendiri. Tapi dia cuba menunjukan sikap tenang dan kuat demi mententeramkan isterinya. Terima kasih kerana memahami dan berkorban semua ini. Tanpa abang, sukar untuk saya menghadapinya. 

Tak lupa buat keluargaku dan juga mertua..tanpa mereka, aku tak bisa sekuat ini. Aku masih waras..walau rasa rindu pada si kecil tetap berbekas di hati ini.. dengan kewarasn ini aku redha pada ketentuanNya.

Terima kasih Allah atas segalanya, kerana aku tahu pasti ada yang lebih baik di kemudian hari. InsyaAllah.

 


Posted at 08:10 am by mawar
Comments (4)  

Tuesday, November 20, 2007
Qada' dan Qadar

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian dari yang Esa. Kadang terasa tak tertanggung dek bahu. Tapi, dengan kewarasan fikiran dan keimanan di jiwa harus terima jua qada' dan qadar ya Rabbi. Walau sebanyak mana doa dan harapan yang dipanjatkan padaNya sebelum agar semuanya dalam lindungan, tapi siapalah kita untuk mempertikaikan kehendak Allah yang lebih mengetahui.

Tanpa tanda-tanda, tanpa ucapan, tanpa lambaian, bayi yang kukandung selama 37 minggu akhirnya terlebih dahulu pergi menemui penciptaNya. Muhammad Aiman meninggal di dalam perutku dan selamat dilahirkan  pada pukul 5.45 pagi 13 Nov 2007. Waktu tu, aku masih dengar azan subuh belum habis berkumandang, Aiman lahir tanpa suara dan matanya tertutup. Aku sentuh dia, sepi dan syahdu. Sempat aku bisikkan pada dia, selamat tinggal sayang, mama redha Allah ambil Aiman. Allah tunaikan hajatku untuk melahirkan dia secara normal dan dapat menatap wajahnya buat kali pertama dan terakhir. Aku tak tahu apa punca kematiannya sebab segala ujian kesihatan ke atasku dalam keadaan baik sahaja. Secara physical keadaan Aiman semasa lahir pun sempurna sifatnya.Segalanya aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu ya Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Buat Muhammad Aiman, Mama percaya anak mama memang bayi 'Bertuah' yang dipilih untuk menghiasi syurga Allah. Bila mama rindu Aiman mama selalu doa Aiman selamat di sana dan  kita akan berjumpa juga kelak, InsyaAllah. Amin.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…


Posted at 09:15 am by mawar
Comments (11)  

Tuesday, October 23, 2007
Raya Update

raya celebration was ok. So-so lah since dah tak larat nak bergerak. Melepak je kat rumah. Bahagian bawah perut dah sakit-sakit. Balik kampung journey took about 13 hours for us to reach Besut. We so exhausted and dead tired. Kesannya memangla sakit seluruh badan dan bawah perut.Terpaksa urut untuk kurangkan sakit since kedudukan baby pun dah ke bawah.

Food galore was heaven! Penuh dgn aneka juadah raya dan mcm-mcm jenis nasi. Biasala org pantai timur, most of the dishes sure berasaskan nasik punya. Penat melayan karenah alisa pun satu hal.She still learning to be friend with other unfamiliar faces relatives. Maybe sesekali jumpa ramai org so she keep looking for me and will cry bila mama not around.Poor girl..and poor mama too.

Again, tiada yang lebih indah dihari raya selain dapat bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. Bertolak balik ke KL on malam khamis 17/10. Smooth and nice journey, alhamdulillah we managed to arrived KL in the safe condition.

Birthday

Semalam birthday hubby. We did small celebration. Bought cake and satay..with some raya cookies. Invite parent in law and alisa's cousins.punyalah excited si cenonet tu ada guess kat rumah, berlari sana sini..tergelak-gelak..happy je dia.

To hubby..happy 29th birthday. May all the wishes will come true and God bless your life forever..amin.

Love you so much sayang.


Posted at 04:26 pm by mawar
Comments (3)  

Next Page